MAKAN ALA ORANG CINA
Sempena Sambutan Tahun Baru Cina pada bulan Februari, PAPN Padang Besar telah melakukan satu aktiviti bersama kanak-kanak iaitu "Mari makan ala orang Cina". Aktiviti ini dilakukan waktu sarapan pagi. Kanak-kanak diminta untuk memakai pakaian yang berwarna merah pada hari tersebut. Kanak-kanak diminta menggunakan chopstick yang dibekalkan untuk makan mee goreng. Sambil makan, pendidik memasang lagu Tahun Baru Cina.
Baca doa dulu sebelum makan
Eh, macam mana nak pegang ni
Macam-macam cara makan ada
Kena buka mulut besar-besar
Meneliti mee goreng yang melekat di chopstik
Guna dua tangan pun OK
Fokus, janji boleh makan
Fokus lagi
Bersilang pun tak apa
Eh, boleh masuk la
Saya pandai makan guna chopstik
Guna garfu jugak la
Akhirnya, makan guna garfu juga
Diharap aktiviti ini dapat mengenalkan cara makan orang Cina kepada kanak-kanak di PAPN. Nanti kita makan ala orang India pulak ye..=)







0 Response to "MAKAN ALA ORANG CINA"
Post a Comment